kata-kata ikmah

Matematik suatu yang menyeronokan

Wednesday 21 November 2012

RPH Nombor (menyatakan kuantiti secara intitif)


Bidang:                                   Nombor dan Operasi
Tajuk:                                      Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan:           Murid dibimbing untuk:
                Menyatakan kuantiti secara intuitif.
Standard Pembelajaran:        Murid berupaya untuk:
              i. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau
              sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan  
              lebih atau kurang secara:      
          (a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek,
          (b) Membanding dua kumpulan secara padanan,
         (c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua
              kumpulan objek.
Masa:  60 minit (2 waktu)
Aktiviti: 1 a. Murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan buah rambutan yang
         diletakkan di atas meja.
     b. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membuat pemerhatian terhadap  
         sejumlah guli yang diberikan(guli mempunyai dua warna iaitu merah dan biru).
     c. Minta murid mengasing dan menyusun guli mengikut warna .
     d .Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat.
        Murid diminta mengumpul hasil kutipan mengikut kumpulan masing-masing.
 
Terapkan sikap berkerjasama dan bantu membantu bagi memastikan tugasan yang diberi dapat disempurnakan
 
2. Minta murid membentuk:
i. Kumpulan banyak dan kumpulan sedikit,
ii. kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, dan
iii. kumpulan lebih dan kumpulan kurang, berdasarkan objek yang ada di   
   sekeliling murid.
3. Minta murid menjelaskan bagaimana pembentukan kumpulan i hingga iii
    dilakukan.
4. Edarkan lembaran kerja 1, 2 dan seterusnya  3 kepada setiap murid.
 
Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran
Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3.
 
Nilai dan sikap    Terapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di luar
bilik darjah.

RPH Nombor Bulat hingga 100 KSSR tahun 1


Bidang:                                  Nombor dan Operasi

Tajuk:                                     Nombor bulat hingga 100

Standard Kandungan:          Murid dibimbing untuk:
                                                     Melengkapkan pola nombor

Standard Pembelajaran:       Murid berupaya untuk:

     i. Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi.

    ii. Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah.

Masa: 60 minit (2 waktu)

Aktiviti:           1.  a. Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan bongkah kecil yang   

                               diletakkan di atas meja.

                b. Bongkah disusun dengan tingkat-tingkat yang berbeza ketinggian.

                c. Paparkan beberapa keping gambar dengan bilangan yang berbeza .

                        2.   i. Teruskan aktiviti dengan menunjukkan garis nombor seperti di bawah: 
                              ii. Minta murid menerangkan hasil perbincangan dengan rakan
                  iii. Teruskan aktiviti bagi kumpulan lima-lima dan sepuluh-sepuluh.

  

 Guru membimbing murid, corak nombor yang terhasil disebut sebagai pola.


              3. a. Perkukuhkan kemahiran murid dengan melakukan aktiviti  
                      berkumpulan mengikut  pelbagai aras pengetahuan.

                   b. Setiap kumpulan dibekalkan:

                                        i. petak seratus(Saiz A4)
                                            ii. ContohKad soalan.
                                              Arahan: (K1)
                                              Warnakan nombor
                                              mengikut pola lima-lima
                                              bermula dari nombor 31.

                                 c. Paparkan kepada murid kad soalan seperti contoh di bawah:
                                     Murid memberi jawapan secara lisan. Guru menekankan konsep  
                                     pola  yang digunakan.                                                          

                 4. a. Edarkan Lembaran Kerja 23, Lembaran Kerja 24, Lembaran Kerja
                         25 dan Lembaran Kerja 26  kepada setiap murid.

                                 b. Bincangkan hasil kerja murid.

                                 c. Lakukan aktiviti pemulihan bagi murid yang masih sukar
                                     menentukan pola soalan.

                                d. Lakukan aktiviti pengayaan bagi murid cerdas dengan gabungan
                                    pola yang lebih mencabar.

 

Pentaksiran:  Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 23, Lembaran Kerja 24, Lembaran Kerja 25 dan Lembaran Kerja 26.

Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

Nilai dan Sikap:Terapkan sifat berkerjasama dan cermat terutama sewaktu melakukan
                           aktiviti kumpulan pelbagai aras.

RPH wang KSSR tahun 1


Bidang:                                   Nombor dan Operasi

Tajuk:                                     Wang hingga RM10

Standard Kandungan:           Murid dibimbing untuk:

     4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.

Standard Pembelajaran:      Murid berupaya untuk;

(i)            mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.

Masa :             60 minit (2 waktu)

Aktiviti :          1. a. Minta murid mengeluarkan wang saku yang dibawa dan meletakkan di  
                                atas meja.

    b. Tunjukkan beberapa keping wang negara asing dalam bentuk sebenar  
                                  atau gambar.

2.  Minta ketua kumpulan mengambil sampul yang mengandungi pelbagai  
      jenis nilai wang kertas dan duit syiling daripada pelbagai negara.

3. Guru mengedarkan lembaran kerja 50 pelbagai jenis mata wang untuk
                             murid mewarnakannya dalam kumpulan

4. Guru mengedarkan lembaran kerja 51 untuk murid menampal wang yang   
                             telah diwarnakan .

 

Pentaksiran:           Berdasarkan kepada keupayaan murid memilih, mewarna dan menampal wang dengan tepat, menunjukkan keupayaan dan kebolehan murid mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk wang kertas dan duit syiling,

Nilai dan Sikap:         Terapkan sifat bekerjasama dan saling membantu

RPH Ayat Matematik KSSR TAHUN 1


Bidang:                                  Nombor dan Operasi

Tajuk:                                     Tambah dan Tolak

Standard Kandungan:          Murid dibimbing untuk:
                                               2.4 Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan  
                                                     situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak

Standard Pembelajaran:      Murid berupaya untuk:
                                               i. Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam
                                                  lingkungan100.
                                               ii. Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi
                                                   atau model situasi.

Masa:  60 minit (2 waktu)

Aktiviti:           1.a. Murid membuat pemerhatian terhadap belon yang disediakan oleh guru.

                                        

   b. Dua orang murid diminta ke hadapan kelas. Murid A diberi belon hijau, 
       murid  B diberi belon biru. Murid A menyerahkan belon hijau kepada 
       murid B. Murid membina ayat matematik berdasarkan situasi di atas

2. a. Murid menjalankan aktiviti lakonan mengikut panduan guru
                              i. 6 orang murid ini diminta melakonkan watak burung sedang
                                 makan padi.
                              ii. 4 orang murid lagi melakonkan watak burung dan terbang ke  
                                  dalam kumpulan lain yang sedang makan padi.

    b. Membina ayat matematik:

    c. Bimbing murid mereka cerita dengan situasi lain yang melibatkan  
        operasi  tambah

3. a. Tunjukkan kad gambar kepada murid.

 Contoh 1


 

Contoh 2

 

4. a. Edarkan Lembaran Kerja 46 dan Lembaran Kerja 47 kepada setiap  
        murid
    b. Bincangkan hasil kerja murid.


Pentaksiran:  Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja
                        46 dan Lembaran Kerja 47.

                        Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke  
                        kemahiran berikutnya.

Nilai dan Sikap:   Terapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti dalam
                               kumpulan.