kata-kata ikmah

Matematik suatu yang menyeronokan

Wednesday 21 November 2012

RPH wang KSSR tahun 1


Bidang:                                   Nombor dan Operasi

Tajuk:                                     Wang hingga RM10

Standard Kandungan:           Murid dibimbing untuk:

     4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.

Standard Pembelajaran:      Murid berupaya untuk;

(i)            mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.

Masa :             60 minit (2 waktu)

Aktiviti :          1. a. Minta murid mengeluarkan wang saku yang dibawa dan meletakkan di  
                                atas meja.

    b. Tunjukkan beberapa keping wang negara asing dalam bentuk sebenar  
                                  atau gambar.

2.  Minta ketua kumpulan mengambil sampul yang mengandungi pelbagai  
      jenis nilai wang kertas dan duit syiling daripada pelbagai negara.

3. Guru mengedarkan lembaran kerja 50 pelbagai jenis mata wang untuk
                             murid mewarnakannya dalam kumpulan

4. Guru mengedarkan lembaran kerja 51 untuk murid menampal wang yang   
                             telah diwarnakan .

 

Pentaksiran:           Berdasarkan kepada keupayaan murid memilih, mewarna dan menampal wang dengan tepat, menunjukkan keupayaan dan kebolehan murid mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk wang kertas dan duit syiling,

Nilai dan Sikap:         Terapkan sifat bekerjasama dan saling membantu

No comments:

Post a Comment