kata-kata ikmah

Matematik suatu yang menyeronokan

Wednesday 21 November 2012

RPH Ayat Matematik KSSR TAHUN 1


Bidang:                                  Nombor dan Operasi

Tajuk:                                     Tambah dan Tolak

Standard Kandungan:          Murid dibimbing untuk:
                                               2.4 Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan  
                                                     situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak

Standard Pembelajaran:      Murid berupaya untuk:
                                               i. Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam
                                                  lingkungan100.
                                               ii. Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi
                                                   atau model situasi.

Masa:  60 minit (2 waktu)

Aktiviti:           1.a. Murid membuat pemerhatian terhadap belon yang disediakan oleh guru.

                                        

   b. Dua orang murid diminta ke hadapan kelas. Murid A diberi belon hijau, 
       murid  B diberi belon biru. Murid A menyerahkan belon hijau kepada 
       murid B. Murid membina ayat matematik berdasarkan situasi di atas

2. a. Murid menjalankan aktiviti lakonan mengikut panduan guru
                              i. 6 orang murid ini diminta melakonkan watak burung sedang
                                 makan padi.
                              ii. 4 orang murid lagi melakonkan watak burung dan terbang ke  
                                  dalam kumpulan lain yang sedang makan padi.

    b. Membina ayat matematik:

    c. Bimbing murid mereka cerita dengan situasi lain yang melibatkan  
        operasi  tambah

3. a. Tunjukkan kad gambar kepada murid.

 Contoh 1


 

Contoh 2

 

4. a. Edarkan Lembaran Kerja 46 dan Lembaran Kerja 47 kepada setiap  
        murid
    b. Bincangkan hasil kerja murid.


Pentaksiran:  Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja
                        46 dan Lembaran Kerja 47.

                        Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke  
                        kemahiran berikutnya.

Nilai dan Sikap:   Terapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti dalam
                               kumpulan.

 





 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment