Bidang:
Nombor
dan Operasi
Tajuk:
Nombor bulat hingga
100
Standard Kandungan:
Murid dibimbing
untuk:
Melengkapkan pola nombor
Standard Pembelajaran: Murid
berupaya untuk:
i. Mengenal pasti pola bagi siri nombor
yang diberi.
ii. Melengkapkan pelbagai pola nombor yang
mudah.
Masa:
60 minit (2 waktu)
Aktiviti: 1. a.
Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan bongkah kecil yang
diletakkan di atas
meja.
b. Bongkah disusun dengan tingkat-tingkat
yang berbeza ketinggian.
c. Paparkan beberapa keping
gambar dengan bilangan yang berbeza .
2.
i. Teruskan aktiviti dengan
menunjukkan garis nombor seperti di bawah:
ii.
Minta murid menerangkan hasil perbincangan dengan rakan
iii.
Teruskan aktiviti bagi kumpulan lima-lima dan sepuluh-sepuluh.
Guru membimbing murid, corak nombor yang terhasil
disebut sebagai pola.
3. a. Perkukuhkan kemahiran murid
dengan melakukan aktiviti
berkumpulan mengikut pelbagai aras pengetahuan.
b. Setiap kumpulan
dibekalkan:
i. petak seratus(Saiz A4)
ii. ContohKad soalan.
Arahan: (K1)
Warnakan nombor
mengikut pola lima-lima
bermula
dari nombor 31.
|
c. Paparkan kepada
murid kad soalan seperti contoh di bawah:
Murid memberi jawapan secara lisan. Guru
menekankan konsep
pola yang digunakan.
4. a. Edarkan Lembaran Kerja
23, Lembaran Kerja 24, Lembaran Kerja
25 dan Lembaran Kerja
26 kepada setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.
c. Lakukan aktiviti pemulihan bagi murid yang
masih sukar
menentukan pola soalan.
d. Lakukan aktiviti pengayaan bagi murid
cerdas dengan gabungan
pola yang lebih mencabar.
Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid
menjawab soalan di Lembaran Kerja 23, Lembaran Kerja 24, Lembaran Kerja
25 dan Lembaran Kerja 26.
Murid
perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran
berikutnya.
Nilai dan Sikap:Terapkan
sifat berkerjasama dan cermat terutama sewaktu melakukan
aktiviti kumpulan pelbagai
aras.
No comments:
Post a Comment