kata-kata ikmah

Matematik suatu yang menyeronokan

Wednesday 21 November 2012

RPH Nombor (menyatakan kuantiti secara intitif)


Bidang:                                   Nombor dan Operasi
Tajuk:                                      Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan:           Murid dibimbing untuk:
                Menyatakan kuantiti secara intuitif.
Standard Pembelajaran:        Murid berupaya untuk:
              i. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau
              sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan  
              lebih atau kurang secara:      
          (a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek,
          (b) Membanding dua kumpulan secara padanan,
         (c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua
              kumpulan objek.
Masa:  60 minit (2 waktu)
Aktiviti: 1 a. Murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan buah rambutan yang
         diletakkan di atas meja.
     b. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membuat pemerhatian terhadap  
         sejumlah guli yang diberikan(guli mempunyai dua warna iaitu merah dan biru).
     c. Minta murid mengasing dan menyusun guli mengikut warna .
     d .Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat.
        Murid diminta mengumpul hasil kutipan mengikut kumpulan masing-masing.
 
Terapkan sikap berkerjasama dan bantu membantu bagi memastikan tugasan yang diberi dapat disempurnakan
 
2. Minta murid membentuk:
i. Kumpulan banyak dan kumpulan sedikit,
ii. kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, dan
iii. kumpulan lebih dan kumpulan kurang, berdasarkan objek yang ada di   
   sekeliling murid.
3. Minta murid menjelaskan bagaimana pembentukan kumpulan i hingga iii
    dilakukan.
4. Edarkan lembaran kerja 1, 2 dan seterusnya  3 kepada setiap murid.
 
Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran
Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3.
 
Nilai dan sikap    Terapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di luar
bilik darjah.

No comments:

Post a Comment